Pernah tak awak terasa yang cinta yang dulu mekar makin lama makin menguncup. Huhuhu.. Mungkin chemistry or energy awak dengan pasangan awak perlukan something ataupun perubahan. Bukanlah perubahan yang besar. Tapi sekadar untuk menjadi penyeri. Hehehe..

Masa saya ada awek dulu, dia pandai ambil hati jugak la. Dia bukanlah seorang yang berhias. Maksud berhias ni bukanlah makeup tebal-tebal or pakai gelang semua tu :P Dia cuma buat perubahan yang biasa-biasa saja. Kadang-kadang dia pergi ke salon untuk buat treatment rambut. Memang saya suka sangat la kan. Haha.. Read the rest of this entry »

Hai dan salam semua! Awak layak menghukum saya sebab dah lama tak update blog ni. Hehehe.. Asyik update blog personal je. Sorry ya. Saya nak tanya dekat awak semua. Bila awak semua bercinta, adakah awak berjaya mengawal emosi? Sebabnya, bila kita dah terlalu sayang dan cinta sepenuh hati dengan kekasih masing-masing, kadang kala kita lupa untuk mengawal emosi.

Apabila kita lupa untuk mengawal emosi, kita akan mudah menjadi pemarah dan akan membuat perkara tanpa berfikir panjang terhadap pasangan kita. Setuju tak? Pasangan mana yang sukakan kekasih mereka dengan sikap panas baran ni. Silap sikit kena marah, buat itu kena marah. Sabar! Kalau pasangan kita ada buat salah, tengok mata dia. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Lepas tu kita cakap baik-baik. Hehehe..

Jangan marah-marah lagi ok.

Credit Gambar : Atyya

Rasanya tak salah kalau kita nka bercinta dengan orang yang berlainan agama, tapi kena betul lah caranya. Jangan bercinta macam kita ni dah masuk agama pasangan kita pula. Buat masa ni saya tak pernah lagi bercinta dengan orang yang berlainan agama sebab takut dengan komitmen yang terlalu tinggi. Tapi selalu juga saya berangan kalau dapat bercinta dengan awek minah saleh. Hehehehe.. Gurau saja..

Ok sekarang saya nak cerita sedikit mengenai Gadis 003 yang sudah tangkap cintan dengan seorang lelaki kaum Cina dan gadis ini pula adalah kaum Melayu. Sila baca rintihan si perempuan di bawah..

kadang2 kita x dapat bahagikn masa antara keje ngan cinta….i b’kwn ngan chinese..dia seorang yg giler keje…asyik busy aje…i suka kat dia,dia pun mcm tu jgak…masalahnya,dia mcm x b’sungguh utk memeluk agama islam….i jadi rungsing la…mkin hari,i mkin syang kat dia…..help me richie….please

Pendapat saya, wahai Gadis 003 jika awak sudah tak boleh tahan dengan lelaki ni saya rasa awak boleh undurkan diri. Sebabnya orang Cina memang selalu dikaitkan denga rajin bekerja dan mungkin lebih mementingkan kerja daripada awak. Jika awak rasa diri awak tidak menerima layanan yang sepatutnya, silalah dengan rela hatinya mengundur diri. Read the rest of this entry »