
Rasanya tak salah kalau kita nka bercinta dengan orang yang berlainan agama, tapi kena betul lah caranya. Jangan bercinta macam kita ni dah masuk agama pasangan kita pula. Buat masa ni saya tak pernah lagi bercinta dengan orang yang berlainan agama sebab takut dengan komitmen yang terlalu tinggi. Tapi selalu juga saya berangan kalau dapat bercinta dengan awek minah saleh. Hehehehe.. Gurau saja..
Ok sekarang saya nak cerita sedikit mengenai Gadis 003 yang sudah tangkap cintan dengan seorang lelaki kaum Cina dan gadis ini pula adalah kaum Melayu. Sila baca rintihan si perempuan di bawah..
kadang2 kita x dapat bahagikn masa antara keje ngan cinta….i b’kwn ngan chinese..dia seorang yg giler keje…asyik busy aje…i suka kat dia,dia pun mcm tu jgak…masalahnya,dia mcm x b’sungguh utk memeluk agama islam….i jadi rungsing la…mkin hari,i mkin syang kat dia…..help me richie….please
Pendapat saya, wahai Gadis 003 jika awak sudah tak boleh tahan dengan lelaki ni saya rasa awak boleh undurkan diri. Sebabnya orang Cina memang selalu dikaitkan denga rajin bekerja dan mungkin lebih mementingkan kerja daripada awak. Jika awak rasa diri awak tidak menerima layanan yang sepatutnya, silalah dengan rela hatinya mengundur diri.
Lebih-lebih si dia tidak bersungguh-sungguh untuk memeluk agama Islam. INGAT! Awak hanya boleh berkahwin dengan orang yang sudah memeluk agama Islam. Jika tidak berdosa besar. Jangan terlalu mementingkan hati dan perasaan awak. Awak kena lebih memikirkan perihal AGAMA dan MASA DEPAN. Ikut hati , mati nanti
Jika awak tak mahu kehilangan si dia, awak perlu ajak dia berbincang dengan serius hal ni. Jika dia masih tidak memandang serius perkara ni, lebih baik awak tinggalkan si dia.
Pembaca blog Panduan Cinta, bagaimana pula pandangan awak semua? Sila tinggalkan komen. Jangan kutuk-kutuk ok. Hehe..
Tags: cinta kaum lain, cinta lain agama, doktor cinta, kisah cinta, kisah percintaan, masalah cinta, panduan cinta, perasaan cinta, percintaan majmuk, selesai masalah cinta, Tips Percintaan

10 Responses