Hai dan salam semua :)

Amacam sambutan Deepavali? Ada sambut ke tak? Hehe.. Kalau tak sambut pun, pergila melawat rumah rakan karib awak yang sambut Deepavali ok. Kita kan satu Malaysia. Hehehe..

Baru-baru ni saya ada dapat beberapa email daripada pembaca blog Panduan Cinta. Ini menunjukkan ada yang berani meluahkan perasaan mereka pada orang lain. Bagus2. Sepatutnya memang macam tu, ini adalah salah satu cara kita untuk menangani tertekan dalam masalah percintaan. Tanya pendapat orang kan lagi bagus, nanti takdelah kita tersalah ambil keputusan.

Jadi nanti sesiapa yang email pada saya tentang masalah cinta mereka, saya akan kongsikan di dalam blog ini juga. Tetapi jangan risau sebab saya tak akan dedahkan nama dan email awak kepada pembaca blog ini. So jangan malu-malu dan segan-segan. Sharing is caring. Nanti kita boleh tengok apa orang cakap tentang situasi masalah cinta kita.

Email pertama yang saya terima haritu adalah seperti di bawah ini.

i baru kenal dia, itupun melalui ym..dah berjumpa dah pun dan kami masih lagi berhubung antara satu sama lain melalui Ym, handphone dan berjumpa..cuma bab berjumpa tu jarang sebab i cuba nak memahami situasi dia yang agak workaholic dengan kerja dia.

setakat ni hubungan kami macam kawan biasa i rasa dan i dah pun berjumpa dengan kebanyakan kawan dia sebab dia akan membawa i bersama if dia nak melepak.oh, BTW umur i baru 20 on 26 0ctober ni..

dan dia sekarang berumur 23 tahun.. kadang-kadang tu ada juga i hantar signal nak memberitahu dia yang i suka padanya tapi mesej tidak sampai..oh ye, lagi satu, kami telah berkawan selama 2 bulan nak masuk 3 bulan laa~ i realise yang i suka pada dia pun masa awal bulan oktober masa dia mendiamkan diri tiba-tiba, memang i pray hard yang dia tak hilang dari diri i..

masa tu la i tahu yang i dah fall in love dengan dia..soalannya, macam mana i nak mulakan langkah tanpa menggunakan orang ketiga, hanya i dan dia..hope to get the reply so0n..can’t wait for the answer and i do read this blog everyday, so keep it up!!! (>_<)

———————————————-

———————————————-

Hmmm.. Ok lah. Ini adalah pandangan daripada saya. Bagi saya kalau kita nak cinta kita berkekalan sampai bila-bila, perkenalan 2-3 bulan sebelum percintaan adalah satu masa yang singkat untuk kita mengenal hati budi masing-masing. Sebab tu ada yang cakap, lebih baik kita berkahwin dengan rakan karib kita sebab dia betul-betul memahami dan mengenali diri kita.

Read the rest of this entry »