December 2009 Archives

Rasanya tak salah kalau kita nka bercinta dengan orang yang berlainan agama, tapi kena betul lah caranya. Jangan bercinta macam kita ni dah masuk agama pasangan kita pula. Buat masa ni saya tak pernah lagi bercinta dengan orang yang berlainan agama sebab takut dengan komitmen yang terlalu tinggi. Tapi selalu juga saya berangan kalau dapat bercinta dengan awek minah saleh. Hehehehe.. Gurau saja..

Ok sekarang saya nak cerita sedikit mengenai Gadis 003 yang sudah tangkap cintan dengan seorang lelaki kaum Cina dan gadis ini pula adalah kaum Melayu. Sila baca rintihan si perempuan di bawah..

kadang2 kita x dapat bahagikn masa antara keje ngan cinta….i b’kwn ngan chinese..dia seorang yg giler keje…asyik busy aje…i suka kat dia,dia pun mcm tu jgak…masalahnya,dia mcm x b’sungguh utk memeluk agama islam….i jadi rungsing la…mkin hari,i mkin syang kat dia…..help me richie….please

Pendapat saya, wahai Gadis 003 jika awak sudah tak boleh tahan dengan lelaki ni saya rasa awak boleh undurkan diri. Sebabnya orang Cina memang selalu dikaitkan denga rajin bekerja dan mungkin lebih mementingkan kerja daripada awak. Jika awak rasa diri awak tidak menerima layanan yang sepatutnya, silalah dengan rela hatinya mengundur diri. Read the rest of this entry »

Hai dan salam awak semua.

Macam mana dengan theme baru sekarang ni? Suka tak? Saya rasa theme yang sebelum ni membuatkan saya sebagai penulis blog ini sendiri terasa hambar dan tak bersemangat. Puas saya fikir dekat mana salahnya yang membuatkan saya dan blog ni hambar. Setelah bertanya kepada seseorang yang pakar dalam bidang psikologi, dia tergelak besar dekat saya.

Dia kata sebenarnya theme blog saya ni yang menghambarkan suasana cinta. Dia mintak saya tukar theme dan letak sedikit gambar yang menggambarkan betapa bahagianya cinta tersebut. Jadi lepas digelakkan oleh dia, saya terus tukar theme ni dan design apa-apa yang patut sedikit. Jadi inilah hasinya! :P

Saya harap awak semua suka dengan revolusi theme Panduan Cinta yang baru ini. Jika ada apa-apa cadangan awak just tinggalkan komen dekat bawah ni ya. Jangan malu dan jangan segan-segan nanti rugi. :P