Salam Hoben Jang Hoben
Saya meminta maaf banyak2 kepada awak semua kerana sudah hampir sebulan blog ini tiada sebarang update! Aduhai.. Terlalu besar kesalahan saya ini terhadap awak semua. Tidak tahu saya bagaimana untuk menebus kesalahan saya terhadap awak semua yang dahagakan kisah cinta kan
Saya mohon maaf sekali lagi dan saya berharap perkara ini tidak akan berulang lagi. Sebenarnya saya mempunyai beberapa masalah dan tekanan emosi sepanjang ketiadaan saya untuk update blog ini. Masalah tersebut buat saya dan seorang rakan saya seperti mati akal untuk berjaya di dalam bidang “Buat Duit Di Internet” ini. Kredibiliti saya juga sikit terjejas. Saya minta maaf kepada awak kerana melibatkan awak dengan masalah saya ini. Saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya untuk blog ini. Maafkan saya ya. Nanti saya bagi hadiah istimewa
Oklah. Mari kita teruskan dengan kes percintaan kali ni. Saya rasa kes ini agak teruk juga sebab kali ini Gadis 002 berhadapan dengan lelaki yang sudah berkahwin!!

sy nak minta pandangan dr Richie,sy berumur 26 tahun..masalah yang saya hadapi ialah sy skrang ni bercinta dengan husband orang..hubungan kami dah berlanjutan selama 3 tahun setahun ada tempoh perkenalan kami n 2tahun tempoh percintaan kami..kalau nak dikira tempoh tu memang agak lama dan kami saling sayang menyayangi each others..Family sy dah mengenali dengan lelaki tu n kami bakal bernikah..Apa yang menjadi masalah sekarang ni isteri n anak2 dia x setuju dengan perhubungan ini..kes ni menjadi kritikal sebelum raya dan saya agak tertekan dengan situasi ini, saya cuba untuk menjauhkan diri dari dia tapi saya sampai demam2 disebabkan masalah ini..hanya 2 anak dia dr 5 orang yang x membantah..itu mungkin disebabkan masing2 dah dewasa..persoalan nya boleh tak bagi pandangan apa perkara yang paling terbaik patut saya lakukan?
Jadi saya minta jasa baik awak semua untuk mebantu Gadis 002. Sudah lama juga dia meminta pedapat daripada saya tetapi saya tidak berkesempatan untuk menulis dan membalas jawapan untuk Gadis 002. Bagi saya, ini memang satu kes yang berat dan sangat serius. Saya harap selepas ini tiada pembaca dan pembeli ebook serta blog Panduan Cinta membuat kesilapan yang sama dengan bercinta bersama suami orang. Ianya akan melibatkan dengan pelbagai perkara. Seelok-eloknya jangan bercinta dengan lelaki orang sebelum berkahwin. Bercinta dengan mereka selepas anda berdua berkahwin. Tidak salah kan? Ini mengelakkan anda daripada terbeban seperti Gadis 002.
Gadis 002, bagi saya cara yang terbaik untuk melupakan si lelaki ini adalah dengan mendekatkan diri awak dengan Tuhan. Terbitkan rasa cinta kepada Tuhan agar Dia dapat menenangkan hati awak yang buntu itu. Percayalah, tiada cinta yang lebih hebat lagi selain bercinta dengan Tuhan. Baik untuk awak di dunia dan akhirat
Lakukan perkara yang Tuhan sukakan. Awak akan lebih selesa untuk melupakan si suami orang tu.
Cara kedua dengan bergaul bersama rakan-rakan. Sememangnya rakan-rakan yang boleh mengubat duka. Mereka juga ada pandangan mereka masing-masing. Jangan risau, kawan rapat awak mesti boleh menangani masalah awak. Mungkin diorang akan carikan kenalan lelaki yang baru untuk awak. Yang lagi sesuai dengan awak
Ok saya minta jasa baik semua untuk komen dan beri pendapat masing-masing ya. Saya juga berjanji pada esok hari saya akan buat artikel baru untuk blog kita ni. Hehehe..
P/S : Beli Panduan Cinta Untuk Wanita dengan harga RM20 sahaja dengan kod kupon : richie2sorry
