i miss you

Apabila kita merindui kekasih, itu adalah perkara biasa, malah ianya wajib untuk kita merindui orang yang kita cintai apabila si dia jauh dari sisi. Ada yang merasakan rindu itu menyakitkan dan dalam pada yang sama ia sebenarnya adalah perasaan indah terbit dari hati yang ikhlas mencintai.

Seronok merindui seseorang walaupun sakit dan lebih seronok apabila rindu itu berbalas. Pasti senyum seorang diri apabila terbaca SMS, ” I Miss You Too “ :p  Jadi jika pasangan awak meluahkan perasaan rindunya terhadap awak, maka awak sebaik membalasnya kerana itu sudah mampu membuatkan si dia tersenyum suka. Read the rest of this entry »

Adakah ketinggian benar-benar dipandang sebagai faktor penting bagi memilih pasangan cinta semua orang? Saya rasa kebanyakan orang sangat mementingkan hal ketinggian pasangan mereka. Awak pula macam mana ya? Saya rasa kalau nak cari cinta yang sejati, faktor ketinggian bukanlah jadi ukuran.

Hmmm.. Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak boleh terima lelaki yang lebih rendah ataupun pasangan perempuan yang lebih rendah. Ada jugak yang taknak buah hati mereka orang yang tinggi-tinggi. Hahaha! Jadi sebelum kita mencari pasangan untuk bercinta, saya harap faktor macam ni tidaklah menjadi faktor utama ok.

Kalau sejuk mata memandang pun dah cukup bagus. Keperibadian yang baik lagilah bagus. Sama-samalah kita fikirkan ya. Hehehe.. Saya masih ragu-ragu lagi ni. Sebab masa zaman sekolah dulu, saya rendah tapi nak bercinta dengan perempuan yang lebih tinggi. Takdelah tinggi sangat, sikit saja dia tinggi. Itupun dah kena gelak dengan kawan-kawan dia. Huwaaaa! Read the rest of this entry »

Baru-baru ni saya ada mendapat email yang bertanyakan bagi pihak rakannya. Tak tahulah kalau cerita tu sebenarnya cerita mengenai si penghantar email tu. Hehehe.. Manalah tahu kan? Begini.. Rakannya seorang perempuan dan mempunyai bekas kekasih. Tetapi sekarang ni dia sudah pun mempunyai seorang kekasih baru. (Awalnya rakan dia ni jumpa kekasih baru) Hohoho..

Dia memang tidak sukakan bekas teman lelakinya tu. Perasaan benci tu pun memang membuak-buak. Tapi sejak kebelakangan ni dia kerap bermimpikan teman lelakinya. Walaupun tidak berminat tapi masih lagi bermimpikan pasal bekas teman lelakinya tu. Dan si penghantar email tanya mengapa macam tu? Adakah mainan tidur ataupun teman lelaki rakannya memang masih menyayanginya. Read the rest of this entry »